Monday 20 May 2013

TIKET FERI KE LANGKAWI

TIKET FERI KE LANGKAWI

Cadangan jika anda ke Langkawi pada musim cuti sekolah sila beli tiket awal dari tarikh berlayar kerana takut tiket habis dijual atau sampai jeti sebelah pagi, beratur panjang tapi dapat tiket sebelah petang..kan sia2 je..hehe. Kadang-kadang tempat duduk pun tiada sebab orang terlalu ramai. Kalau ada anak kecil masalah ini akan memberi sedikit kesulitan dari segi keselesaan.

Lagi satu masalah semasa hendak pulang ke tanah besar...boleh dikatakan Langkawi akan mengalami kesesakan lalulintas sepanjang jalan menghala ke jeti. Kalau boleh rancang perjalanan sebaik mungkin sebab semasa di jeti Kuah masa untuk membuat pemeriksaan KASTAM juga perlu diambil kira kerana terpaksa beratur panjang disamping kesesakan troli dan bagasi penumpang yang pelbagai ragam. Ini bagi mengelakkan anda ketinggalan feri atau bas. Jika anda ketinggalan feri...tiket perlu dibeli semula tanpa ada potongan harga atau gantian feri.

Kuala Perlis Ke Langkawi

- Mengambil masa 1 jam
- Elok utk mereka yg senang mabuk laut, membawa anak kecil etc2.

- Kebanyakan rombongan bas memilih Kuala Perlis sebagai pintu masuk ke Langkawi
- Cuma perlu ke Kuala Perlis. Jgn risau sbb disana byk tempat utk parking kereta dgn harga berpatutan.

- Harga tiket RM 18.00 dewasa & RM 13.00 kanak2.
- Masa bot 7.00am ke 7.00pm.

Kuala Kedah ke Langkawi.

- Mengambil masa 1 jam 30 minit
- Kepada yg tidak kisah berada lama didalam feri maka boleh naik dari sini.
- Dekat dgn Alor Setar jika berniat utk buat lawatan ke tempat2 menarik seperti Pekan Rabu.
- Ada byk tempat parking kereta disini & juga amat berpatutan.
- Harga tiket RM 23.00 dewasa & RM 17.00 kanak2.
- Masa bot 7.00am ke 7.00pm.



KAMI MENAWARKAN  PENGINAPAN BAJET DI lANGKAWI 

Rancanglah perjalanan anda. Utk mengelakkan mabuk laut @ perjalanan yg menguji jiwa elakkan naik dr Kuala Kedah pada musim bergelora.


*AWAS DENGAN PARKIR HARAM SEKITAR KUALA KEDAH. PARKING TEMPAT SELAMAT ATAU KHAS UNTUK ELAK DISAMAN JPJ ETC. RAMAI DAH KENA NGAN ULAT PARKING SEKITAR K. KEDAH DENGAN PARKIR DI SEKITAR JALAN BESAR K. KEDAH!!!
untuk tempahan tiket feri secara online boleh lihat disini
http://ticket.langkawiferryline.com/

No comments:

Post a Comment