Sunday 14 April 2013

https://www.facebook.com/Naturallylangkawi

Di Langkawi ni banyak tempat2 menarik untuk dilawati..dulu kalau pelancong ke Langkawi mesti kata "langkawi nak pergi mana pusing2 satu hari pun dh habis". tanggapan tu salah sama sekali kerana anda hanya melawat tempat2 tertentu sahaja (mkm mahsuri, beras terbakar, cable car n shoping kat HiG atau Idaman Suri) banyak lagi tempat menarik yang lain anda tertinggal. Antaranya pulau2 sekitar yang bersih, aktiviti melawat taman geopark-beri makan kepada burung Helang dan monyet liar atau ikan pari yang diternak dalam sangkar.
Banyak lagi pilihan tempat untuk dilawati. Layari https://www.facebook.com/Naturallylangkawi untuk mengetahui keindahan yang ada di Langkawi. Bersama kita merancang percutian kita agar berjalan dengan lancar. selamat bercuti:)

Saturday 6 April 2013

Resepi Pulut Ayam Thai


Pulut ayam sebenarnya adalah makanan masyarakat selatan thai. Memang sedap..dah lama cari resepi last2 dapat jugak ngan member lama masa sekolah rendah dulu..tima kasih Mala ngan Muni. Depa ni mmg keturunan  Siam..speking siam pun dok cair gi..kita pun asal keturunan sana gak tapi satu patah pun tak pandai...selera ja ikut sana..hehe. apapun leh try resepi ni..mmg sedap


Bahan -Bahan (3 orang makan)

500g beras pulut -cuci/rendam-dikukus

Ayam goreng
1/2 ekor ayam- potong/cuci/tos

Bahan Perap
garam
serbuk perencah Pasti Sedap Knorr atau Maggi Cukup Rasa
Anggaran 20 biji lada hitam- ditumbuk halus
1 labu bawang putih- ditumbuk lumat (bersama kulit-kulitnya sekali)
pewarna Oren

*perap selama 1/2 jam 
gaul (nipis) bersama tepung jagung -goreng- minyak banyak, api sederhana

10 biji bawang merah hiris- goreng- untuk tabur atas pulut nanti. bawang goreng beli xberape sedap kalo makan dengan pulut ayam.


KAMI MENAWARKAN  PENGINAPAN BAJET DI lANGKAWI 

Sos

3 cili merah/ besar
gula 
garam
cuka
1 ulas bwg putih
sedikit akar pokok ketumbar
-semua bhn ni diblend halus- masak

Sedia untuk dimakan..

Selamat Mencuba :)