Monday 17 March 2014

PANTAI TANJUNG RHU, LANGKAWI


Tanjung Rhu merupakan sebuah pantai yang landai dan indah terletak di timur laut pulau Langkawi, Kedah , Malaysia, mengambil masa sekitar 25- 30 minit perjalanan dari Kuah atau Padang Matsirat. Tanjung Rhu menawarkan pakej pelancongan yang cantik dan menarik bagi mereka yang suka bersantai dan beriadah bersama keluarga di tepi pantai. Pemandangan matahari terbenam merupakan saat yang ditunggu kerana ianya menjanjikan satu pemandangan yang indah. Jeti bot pelancong juga disediakan bagi mereka yang ingin menikmati kecantikan ciptaan Tuhan di sepanjang Sungai Kilim - Kilim Geopark.


Di sini terdapatnya jeti nelayan pantai dengan panorama bot-bot nelayan berwarna-warni berlabuh setiap hari . 
Terdapat juga restoran terapung bagi mereka yang berminat makan sambil menghirup angin laut dan pemandangan yang indah. Pilihan ikan-ikan segar yang diternak dalam sangkar sebagai pelengkap hidangan.. Aktiviti memancing juga turut disediakan.


 Muka buminya yang bertanjung ditumbuhi oleh pohon-pohon rhu dan pantainya yang bersih diselenggara dengan baik oleh pihak hotel berdekatan. Pantai Tanjung Rhu merupakan pantai 'private' dibuka kepada awam dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Terdapat juga gerai-gerai menjual cenderamata dan kedai makan di pesisir pantai.

Jika anda bernasib baik..semasa air surut, anda akan dapat berjalan kaki sepanjang beting pasir yang timbul untuk ke pulau (seperti gambar) berdekatan. Pastikan balik sebelum air pasang!! Pantai Tanjung Rhu juga kaya dengan hidupan marin seperti kepah, ketam, siput dan tapak sulaiman yang boleh kita temui semasa air surut.. Jarak pantai Tanjung Rhu dari Ratu Homestay 5-6 km.

KAMI MENAWARKAN  PENGINAPAN BAJET DI lANGKAWI