Saturday, 18 May 2013

MITOS MENGENAI LANGKAWI


Mitos Mengenai Pulau Langkawi  http://sasterarakyat-kedah.com/?cat=20

Beberapa ratus tahun dahulu, dalam sebuah kampung di Pulau Langkawi berbangkit pertikaian di antara Mat Chinchang dengan Mat Raya, manakala anak perempuan Mat Chinchang bertunang dengan anak Mat Raya.

Pertikaian itu bertambah buruk dan dahsyat pada hari perkahwinan. Mereka berdua bergaduh langsung bertumbuk, tendang menendang, tampar menampar satu dengan lain. Kedua-dua mereka sama gagah hinggakan belanga, kawah, pinggan mangkuk habis pecah dan bertaburan.


Belanga jatuh terpelanting di suatu tempat yang dinamakan Belanga Pechah; gulai tumpah di Kuah (pekan Kuah sekarang), kuah gulai mengalir dan jerab ke dalam tanah di tempat nama Kisap; kawah air hangat jatuh di tempat yang sekarang dipanggil Ayer Hangat;(lokasi RATU Homestay) jag air dengan relang tangkainya jatuh terpelanting di Selat Chinchin di antara Pulau Langkawi dengan Pulau Terutau.

NOTA PENYUNTING:
Gunung Raya (pusat MEASAT) dan Gunung Mat Chinchang(Cable Car) yang bergigis dan takak-takuk pada hari ini bertentang satu dengan lain.

Kalo anda berkesempatan berkunjung ke Langkawi, jangan lupa untuk singgah di Taman Lagenda (lagenda Langkawi Dalam Taman) Ada pelbagai cerita di sebalik landskap yang indah untuk dikongsi bersama. Masuk adalah percuma.

http://www.langkawi-info.com/attractions/lagenda-langkawi.htm.

No comments:

Post a Comment