Jangan lupa beli bilis Langkawi untuk dijadikan buahtangan atau stok untuk dapur sendiri! Ikan bilis Langkawi memang yang terbaik setanding produk dari Sabah malah lebih lagi:) Ikan bilis Langkawi jarang ditemui dalam pasaran dalam negara kerana ianya hanya untuk diimport ke luar negara. Rasanya memang berbeza dari ikan bilis biasa yang selalu kita makan tu. Boleh di beli sekitar kawasan lawatan. Antaranya di medaniaga Pantai Pasir Hitam dan bandar Kuah.
kedai ini menjual pelbagai jenis gred bilis, sotong kering dan tamban. Dikenali sebagai kedai tin oleh penduduk tempatan. Terletak di pekan lama Kuah. Berdekatan trafik light hospital lama.
Tempat cadangan untuk mandi manda atau berkelah selain Pantai Cenang yang agak sesak ialah Pantai Pasir Tengkorak. Jarak dari Ratu Homestay 23km (25 minit) Pantainya yang landai, putih dan halus serta air laut yang hijau mengadap Laut Andaman memang menjadi tempat terbaik untuk dikunjungi. Kepulauan Siam jelas kelihatan memberi satu pemandangan yang indah. Kemudahan bilik mandi dan tandas serta tempat bbq
Destinasi pelancongan yang wajib anda lawati...alang2 dah sampai jom kita lawat semua tempat yang terdapat di Langkawi. Ada masuk kena bayar ada yang free..Dataran Lang, Taman Lagenda, Air Hangat Village, Beras Terbakar masuk free Galeria Perdana, Taman Buaya, Taman Hidupan Liar, Laman Padi, Underwater World dan Makam Mahsuri dikenakan sedikit bayaran.
Cadangan jika anda ke Langkawi pada musim cuti sekolah sila beli tiket awal dari tarikh berlayar kerana takut tiket habis dijual atau sampai jeti sebelah pagi, beratur panjang tapi dapat tiket sebelah petang..kan sia2 je..hehe. Kadang-kadang tempat duduk pun tiada sebab orang terlalu ramai. Kalau ada anak kecil masalah ini akan memberi sedikit kesulitan dari segi keselesaan. Lagi satu masalah semasa hendak pulang ke tanah besar...boleh dikatakan Langkawi akan mengalami kesesakan lalulintas sepanjang jalan menghala ke jeti. Kalau boleh rancang perjalanan sebaik mungkin sebab semasa di jeti Kuah masa untuk membuat pemeriksaan KASTAM juga perlu diambil kira kerana terpaksa beratur panjang disamping kesesakan troli dan bagasi penumpang yang pelbagai ragam. Ini bagi mengelakkan anda ketinggalan feri atau bas. Jika anda ketinggalan feri...tiket perlu dibeli semula tanpa ada potongan harga atau gantian feri.
Kuala Perlis Ke Langkawi
- Mengambil masa 1 jam - Elok utk mereka yg senang mabuk laut, membawa anak kecil etc2. - Kebanyakan rombongan bas memilih Kuala Perlis sebagai pintu masuk ke Langkawi - Cuma perlu ke Kuala Perlis. Jgn risau sbb disana byk tempat utk parking kereta dgn harga berpatutan. - Harga tiket RM 18.00 dewasa & RM 13.00 kanak2. - Masa bot 7.00am ke 7.00pm.
Kuala Kedah ke Langkawi.
- Mengambil masa 1 jam 30 minit - Kepada yg tidak kisah berada lama didalam feri maka boleh naik dari sini. - Dekat dgn Alor Setar jika berniat utk buat lawatan ke tempat2 menarik seperti Pekan Rabu. - Ada byk tempat parking kereta disini & juga amat berpatutan. - Harga tiket RM 23.00 dewasa & RM 17.00 kanak2. - Masa bot 7.00am ke 7.00pm.
Rancanglah perjalanan anda. Utk mengelakkan mabuk laut @ perjalanan yg menguji jiwa elakkan naik dr Kuala Kedah pada musim bergelora. *AWAS DENGAN PARKIR HARAM SEKITAR KUALA KEDAH. PARKING TEMPAT SELAMAT ATAU KHAS UNTUK ELAK DISAMAN JPJ ETC. RAMAI DAH KENA NGAN ULAT PARKING SEKITAR K. KEDAH DENGAN PARKIR DI SEKITAR JALAN BESAR K. KEDAH!!! untuk tempahan tiket feri secara online boleh lihat disini http://ticket.langkawiferryline.com/
Beberapa ratus tahun dahulu, dalam sebuah kampung di Pulau Langkawi berbangkit pertikaian di antara Mat Chinchang dengan Mat Raya, manakala anak perempuan Mat Chinchang bertunang dengan anak Mat Raya.
Pertikaian itu bertambah buruk dan dahsyat pada hari perkahwinan. Mereka berdua bergaduh langsung bertumbuk, tendang menendang, tampar menampar satu dengan lain. Kedua-dua mereka sama gagah hinggakan belanga, kawah, pinggan mangkuk habis pecah dan bertaburan.
Belanga jatuh terpelanting di suatu tempat yang dinamakan Belanga Pechah; gulai tumpah di Kuah (pekan Kuah sekarang), kuah gulai mengalir dan jerab ke dalam tanah di tempat nama Kisap; kawah air hangat jatuh di tempat yang sekarang dipanggil Ayer Hangat;(lokasi RATU Homestay) jag air dengan relang tangkainya jatuh terpelanting di Selat Chinchin di antara Pulau Langkawi dengan Pulau Terutau.
NOTA PENYUNTING: Gunung Raya (pusat MEASAT) dan Gunung Mat Chinchang(Cable Car) yang bergigis dan takak-takuk pada hari ini bertentang satu dengan lain.
Kalo anda berkesempatan berkunjung ke Langkawi, jangan lupa untuk singgah di Taman Lagenda (lagenda Langkawi Dalam Taman) Ada pelbagai cerita di sebalik landskap yang indah untuk dikongsi bersama. Masuk adalah percuma.