Tuesday, 7 October 2014


SELAMAT DATANG KE BLOG LANGKAWI RATU HOMESTAY 013 9886389

 - konsep family roomstay/ sewa bilik-


KM 13, JLN AYER HANGAT, KG BATU GAJAH, 07000 LANGKAWI

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
Bilik yang luas & selesa, setiap bilik dilengkapi tandas , 1 katil queen , air cond +kipas,jug elektrik, iron, iron board,sejadah, tv lcd + astro njoi, sabun, air mineral dan ruang parking yg luas. 1 toto dan 2 bantal tambahan turut disediakan secara percuma. Suasana kampung yg damai. sesuai untuk percutian keluarga,

HARGA PENGINAPAN RM90.00 semalam. Bilik yang luas & selesa, setiap bilik dilengkapi tandas , 1 katil queen , air cond +kipas, tilam & bantal tambahan,  jug elektrik, iron, iron board,sejadah, tv lcd + astro njoi, sabun, air mineral dan ruang parking yg luas. 1 toto dan 2 bantal tambahan turut disediakan secara percuma. Suasana kampung yg damai. sesuai untuk percutian keluarga,


KEMUDAHAN LAIN

1km Masjid Sg Itau, 2km stesen minyak Buraqoil, 1km kedai runcit

TEMPAT MENARIK BERDEKATAN

Dari Jeti Kuah (10min) 20km Dari Airport (25 Min)
22   Km     Cable Car,
10   Km     Idaman Suri
2-3  Km     Ke Jeti Geopark Kilim,Galeri Perdana, Air Terjun Durian Perangin,Telaga Air Hangat
3-4 Km      Pantai Pasir Hitam, Pantai Tanjung Rhu, Kompleks Kraf Teluk Yu

check in   : 2.00 petang*
check out : 12.00 tengah hari*
*atas budi bicara pemilik dan bergantung kepada kekosongan bilik

PENGESAHAN

Bayaran deposit rm50.00. Tiada booking tanpa deposit. Konsep kami 'first come first served". Setiap tempahan dan bayaran deposit terawal, kami akan menyekat tarikh dan rizabkan homestay untuk anda. Jika tiada bayaran deposit diterima, kami akan melepaskan semula homestay untuk tempahan terbuka.


HARGA PENGINAPAN
RM90.00 semalam



PERTANYAAN & TEMPAHAN

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya di talian:
013-9886389 - Hartini email: ratulangkawi@gmail.com

https://www.facebook.com/GuesthouseLangkawiRatu

bilik 1, bilik 2
https://www.facebook.com/GuesthouseLangkawiRatu/photos/a.497645806943213.109542.497555126952281/525868030787657/?type=1&theater


LOKASI
https://www.facebook.com/GuesthouseLangkawiRatu/photos/a.497645806943213.109542.497555126952281/589941527713640/?type=1&theater


Monday, 17 March 2014

PANTAI TANJUNG RHU, LANGKAWI


Tanjung Rhu merupakan sebuah pantai yang landai dan indah terletak di timur laut pulau Langkawi, Kedah , Malaysia, mengambil masa sekitar 25- 30 minit perjalanan dari Kuah atau Padang Matsirat. Tanjung Rhu menawarkan pakej pelancongan yang cantik dan menarik bagi mereka yang suka bersantai dan beriadah bersama keluarga di tepi pantai. Pemandangan matahari terbenam merupakan saat yang ditunggu kerana ianya menjanjikan satu pemandangan yang indah. Jeti bot pelancong juga disediakan bagi mereka yang ingin menikmati kecantikan ciptaan Tuhan di sepanjang Sungai Kilim - Kilim Geopark.


Di sini terdapatnya jeti nelayan pantai dengan panorama bot-bot nelayan berwarna-warni berlabuh setiap hari . 
Terdapat juga restoran terapung bagi mereka yang berminat makan sambil menghirup angin laut dan pemandangan yang indah. Pilihan ikan-ikan segar yang diternak dalam sangkar sebagai pelengkap hidangan.. Aktiviti memancing juga turut disediakan.


 Muka buminya yang bertanjung ditumbuhi oleh pohon-pohon rhu dan pantainya yang bersih diselenggara dengan baik oleh pihak hotel berdekatan. Pantai Tanjung Rhu merupakan pantai 'private' dibuka kepada awam dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Terdapat juga gerai-gerai menjual cenderamata dan kedai makan di pesisir pantai.

Jika anda bernasib baik..semasa air surut, anda akan dapat berjalan kaki sepanjang beting pasir yang timbul untuk ke pulau (seperti gambar) berdekatan. Pastikan balik sebelum air pasang!! Pantai Tanjung Rhu juga kaya dengan hidupan marin seperti kepah, ketam, siput dan tapak sulaiman yang boleh kita temui semasa air surut.. Jarak pantai Tanjung Rhu dari Ratu Homestay 5-6 km.

KAMI MENAWARKAN  PENGINAPAN BAJET DI lANGKAWI