Monday, 11 February 2013

Jadual pasar malam di Langkawi


Rugi rasanya kalau kita pergi tempat org tp xsinggah mana2 pasar malam yg ada di sana. Selalunya kat pasar malamlah kita bleh melihat gelagat dan merasa makanan org tempatan. Kalau kat Langkawi ni masakannya lebih terpengaruh kepada masakan bercitarasakan negara Thai. Ini mungkin disebabkan majoriti penduduk asal Langkawi berasal dari sana.


Kalau ke Langkawi xlengkap rasanya kalau xpekena cendol, laksa, rojak buah, som tam, kao mok (nasi ayam thai) laksa siam, nasi ulam, kerabu, pulut durian, pulut ayam dll.
somtam

laksa Kedah


rojak buah


pulut durian


kuew teow sup siam


laksa siam

Semua ni bleh dbeli di pasar mlm. Antara pasar mlm yg besar dan meriah dengan peniaga dan pembeli ialah pasar mlm kuah dan pasar mlm air hangat. Jarak pasar mlm air hangat dr RATU Guest house lebih kurang 4km je. Bermula 6.00 ptg hingga 12.00 t/mlm. Byk pilihan makanan yg sedap2 menunggu anda disana...

Berikut jadual pasar malam di Langkawi


BilPasar malam/UptownLokasiHari & Waktu operasi
1Pasar malam Ulu Melaka
Ulu Melaka, Jalan Padang Matsirat
05000, Langkawi, Kedah
Isnin
6 p.m-10 p.m
2Pasar malam Padang MatsiratTempat Letak Kereta Beras Terbakar, Padang Matsirat,
Ahad
6 p.m-10 p.m
3Pasar malam Air HangatBerdekatan Bulatan Simpang 4, Ayer Hangat.
Jumaat
6 p.m-10 p.m
4Pasar Malam Padang WahidSimpang Tiga Dimat / Padang Wahid
Selasa
6 p.m-10 p.m
5Pasar Malam KuahDepan Hotel Baron, Kuah
Sabtu & Rabu
6 p.m-10 p.m


KAMI MENAWARKAN  PENGINAPAN BAJET DI lANGKAWI 

Sunday, 3 February 2013

Tip nak elak cukai jika shopping di Langkawi

Cara nak elak cukai kastam
1. Menetap di langkawi tidak kurang 48 jam atau kena tidur 2mlm pastu kena la simpan tiket feri dari k.perlis atau k.kedah sebagai bukti.
2.belian terhad rm500.00 seorang(barangan bercukai terutamanya pinggan mangkuk). Resit pembelian juga kena simpan..senang nk tunjuk kalo kastam mintak bukti. Manatau ada keraguan dr pihak kastam sbb kdg2 kotak je besar tapi nilainya murah ja.
3.minuman keras xlebih 1liter,rokok xlebih 200 btg,baju xlebih 3 psg, batik 3 helai.

http://www.customs.gov.my/index.php/bm/prosedur-a-garis-panduan/kastam/864-panduan-prosedur-perkastaman-pulau-bebas-cukai-pbc

Psst...kalo korang tak nak tido atau nak tido semalam je...pandai2 la korang cari tiket feri yang lama...

KAMI MENAWARKAN  PENGINAPAN BAJET DI lANGKAWI 
http://ratuguesthouse.blogspot.com/

Tip parking kereta ke pulau Langkawi di Kuala Kedah

Untuk pengunjung yang hendak ke Langkawi...dan ingin parking di Kuala Kedah saya syorkan parking saja di masjid india..sbb caj parking hanya RM10.00 sehari berbanding parking sekitarnya RM15.00 sehari. Jarak masjid lebih kurang 5 minit kalau jln kaki. Lokasi masjid kalo dr arah alor star jupe simpang 4 kuala kedah belok kiri jumpe slalu masjid india ni(kanan jln)...parking terhad!! Google je masjid india kuala kedah...kan senang..hehe

Pada musim cuti sekolah...ada satu sekolah telah menjadikan kwsn sekolah sebagai kwsn parking berbayar. Caj yang dikenakan rm10 sehari. Siap ada jaga tunggu. Lebih selamat. Sekolah berada setentang dengan bangunan jeti kuala Kedah.

Ok itu sj tip dr saya...pilihan ditangan anda.

KAMI MENAWARKAN  PENGINAPAN BAJET DI lANGKAWI 
Jika anda parking di kawasan parking Jeti Kuala Kedah risiko ini mungkin berlaku...
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=232517416943358&set=pcb.232517456943354&type=1&theater

Fenomena air pasang besar di Jeti Kuala Kedah..mmg selalu berlaku..lepas ni kena lebih berhati2 cari tempat selamat parking yang selamat
Habis keta, air masin tu!